.:: Tanganku terasa terkaku, tak tahu apakah yang harus ku coretkan kali ini.. sekadar melakar kenangan ::.
with ayu
"Ayu...! mama call tadi, mama suruh balik hari ni jugak. " kataku separa jerit. "Hah? hari ni? cepatnya.." ayu sedikit terkejut. Aku menoleh mukaku ke arah lain. risau air muka sayu terselah di hadapan ayu.
'Syukran jazilan ayu.. Kerana telah banyak membantuku dalam usahaku menjejaki ilmu agama.. Syukran juga kerana sentiasa bersamaku disaat suka duka ku.'
"Akak, baru je kita bermesra semalam kan?...akak dah nak balik hari ni...." keluh zu memujuk. Matanya merenungku. "zu..! jangan tengok akak cam tu ..malulah akak.."balasku cuba bergurau. Retak hati ini mendengar kata-kata adik seperjalanan ini. Pertemuan kami hanyalah di persinggahan demi mengutip ilmu. Sayunya hati ini mengenangkan memori semalam. Kata-katanya walaupun tampak sekadar gurauan, namun aku pasti penuh makna yang mendalam. Benar, hati ini penuh rasa terkilan . Masakan tidak, rasanya ini kali pertama aku mengenali seorang pelajar tahfiz. Dia banyak berkongsi cerita, setiap kisahnya menarik perhatianku. Berjaya menyentuh perasaanku. Hampir berguguran mutiara kaca dari mataku,namun masih tertahan dek ego. Selalunya zu berkongsi tentang pengalaman hidupnya, namun setiap kisahnya pasti disusuli hikmahnya. Pertama kali berborak dengannya, berjaya menarik minatku untuk lebih rapat dengannya. Senang sekali hati ku menyayanginya, kurasakan seperti adikku sendiri. Sungguh.....aku terkilan terpaksa berpisah... semoga Allah, temukanlah kami kembali..
"akak....takyah lah balik..." pujuk tehah.. tanganku yang sibuk menekan butang-butang handphone , tiba-tiba terhenti. Terasa sedikit longlai.."duhai adikku, sabarlah..semoga kita bertemu lagi.".Aku mengalih pandangan, menukar posisi badan dan membelakangi tehah. Terasa ada cecair hangat mengalir di tepian mata... "Alah..tehah ni cam budak-budak.. insyaAllah nanti kita jumpa lagi.." aku cuba ceriakan keadaan.
"akak..betul ke nak balik nie...cepatnya..." renggek zati manja sambil memandangku. Aku mengalihkan mataku, sengaja menyibukkan dengan pakaian. Tidak sanggup aku menatap wajah adik-adik ini. Sungguh aku tak sangka pertemuan kami dalam masa yang sangat singkat ini, penuh sulaman kasih sayang. Siapa sangka, siapa yang dapat menduga suratan Ilahi. Pertemuan dan perpisahan telah pun ditetapkan. Mahu atau tidak, kita mesti menghadapinya.
Aku balik dengan penuh rasa kaku.. rasa janggal ..terkilan...dan sayu..
bilakah akan bertemu lagi..?...bilakah dapat merasai kemesraan ini lagi..?
~Buat adik-adikku...semoga sentiasa bersabar dan betahan dalam perjuangan di sana... . . .
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid,begitulah ummat Islam dan musuh - musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang- terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar. 
