Tuesday, December 2, 2008

Masalah hati



Hati memang sukar untuk diramal.. bila hati sakit, anggota lain turut tergugat melainkan ada iman yang mampu mengawal fikiran. . Aku berbicara atas pengalaman,perhatian dan sedikit kajian.. Oleh kerana aku pernah mengalaminya, maka ingin sekali dikongsi bersama sekadar yang ku mampu ini.

Saudaraku, permasalahan hati ini sebenarnya suatu wasilah secara tidak langsung untuk menuju keredhaanNya... kenapa? kerana punca masalah hati adalah bersangkut paut dengan nafsu .. dan sesiapa yang dapat memeranginya(mengatasinya), maka beruntunglah dia. Jihad yang terbesar, adalah memerangi hawa nafsu.

firman Allah :

"..Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran TuhanNya, dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah yang akan menjadi tempat tinggalnya."
(An-Nazi'at:40-41)

diriwayatkan bahawa Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Daud a.s :

"Wahai Daud,ingatlah dan pertakutilah para pengikutmu dari mengikuti hawa nafsu. Sebab,
mereka yang hatinya terkait pada syahwat-syahwat dunia, akal mereka pasti terhijab dari-Ku."


dan firman-Nya :

"...mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa.."
(An-Hujurat:3)