Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Menyesali sebelum terlambat


Siapa berani berbuat dosa? Siapa pernah berbuat dosa? Jika kita banyak berbuat dosa, sekerap dan sebanyak mana pula penyesalan kita atas dosa dan kesilapan kita? Sekuat mana taubat kita kepada Allah SWT.?

Yakinkah kita betapa setiap perbuatan pasti terakam dengan rapi di sisi Allah SWT? Sehinggakan dosa-dosa kecil pun tercatat dalam dokumentasi yang tidak akan hilang.

”Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)-nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)-nya. (Az-Zalzalah: 7-8)

Kita sering menelaah kisah Rasulullah SAW, para sahabat RA dan para soleh terdahulu yang sangat menyesali kesalahannya, dan bersegera bertaubat kepada Allah SWT ada yang hanya kerana tertidur sehingga tidak sempat untuk solat malam, atau tidak sempat solat Subuh berjamaah di masjid, dan pelbagai kisah teladan mereka.

Mereka begitu sensitif dengan dosa-dosa mereka, walaupun ianya dosa kecil. Sikap mereka segera menyesali perbuatan tersebut saat di dunia sebelum dibangkitkan di akhirat patut menjadi inspirasi buat kita semua yang lebih banyak lagi melakukan dosa setiap saat.

Namun ada kelompok yang enggan menyesali dosa-dosanya di dunia kerana keangkuhan dan kesombongannya. Lalu Allah SWT rakamkan wajah suram dan penuh penyesalan mereka saat dibangkitkan di padang masyhar kelak:

“Dan (sungguh ngeri) jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin." (as Sajadah: 12)

Beruntunglah kita kerana Allah SWT telah mengkhabarkan lebih awal kisah benar sikap sombong dan angkuh manusia saat di dunia. Ianya menjadi peringatan kepada kita bersama. Betapa kasih dan sayangnya Allah SWT kepada kita kerana memperingatkan kita akan sikap manusia yang tidak ambil kisah urusannya terhadap sang penciptanya.

Sesungguhnya tidak ada gunanya penyesalan di akhirat. Di sana (akhirat) bukanlah tempat untuk menyesali, melainkan tempat menerima balasan. Balasan atas segala amal yang telah dilakukan selama hidup di dunia. Dalam banyak ayat Alquran, Allah SWT sering menceritakan penyesalan orang-orang kafir.

''Dan mereka berkata: 'Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala'.''(Al-Mulk: 10).

Bersyukurlah kita yang masih hidup ini,bayangkan jika kita telah meninggalkan dunia ini dalam keadaan lalai bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Marilah kita yang masih di dunia ini segera memperbaharui keimanan kita kepada Allah SWT, segeralah bertaubat, berbuat kebajikan, segera menyambut seruan azan, menutup aurat, dan seluruh perkara yang diperintah Allah ke atas kita.

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat” (Huud : 3)

Semoga kita tidak termasuk orang yang menyesal di hari kemudian kelak.

.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Thursday, December 23, 2010

inilah makna bahagia


Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.


Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.


Apakah erti bahagia?

Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu "moving target" yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.


Sumber dalaman atau luaran?

Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?


Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.

Realitinya, sudah menjadi "rules of life" (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:

"Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya." (Surah Al-Mulk)

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar.

Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al-Malik Farouk (Mesir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.


Bukti hilangnya bahagia.

Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang...

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang "hilang" di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.


Ujian hidup punca hilang bahagia?

Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.


Metafora air limau dan luka di tangan


Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor "kesihatan" hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.


Inilah erti bahagia


Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:

"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du 28)

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

"Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati."

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara "kesihatannya" agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara "auto pilot".



Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah


1. Beriman dan beramal salih.


"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." (Surah An-Nahl: 97)

Ibnu 'Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban).

Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah (merasa cukup).

Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.


2. Banyak mengingat Allah.


Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:

"Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah Ar-Ra'd: 28)


3. Bersandar kepada Allah.


Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:

"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Surah Ath-Thalaq: 3)


4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.


Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.

Firman-Nya:

"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (Surah An-Nisa: 114)


5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.


Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Rasulullah SAW bersabda: "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata:

"Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)


6. Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.


Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:

"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.


Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.

Malah ada di antara hukama berkata, "sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!" Firman Allah:

"Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan: 9)


Zikrullah Yang Membawa Bahagia


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, sila rujuk artikel Mencari Ketenangan Hati)


Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.


Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selain berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!


Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.


Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.


Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.


artikel iluvislam.com


.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

bersujudlah


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !"

Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"



KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan)kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.

Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


Allahu Ta'la A'la wa a'lam...

Dipetik dari :
http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=22&topic=2565
.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Saturday, December 4, 2010

Awal muharam


DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH – 29 ZULHIJJAH

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.

DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH – 1 MUHARRAM

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAHrahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

KELEBIHAN PUASA BULAN MUHARAM

Daripada Abi Hurairah Radiallahu anhu ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Seafdhal – afdhal puasa selepas daripada bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram”.

Daripada Ali bin Abi Talib Radiallahu anhu ia berkata : “Seorang lelaki bertanya kepadaku: Bulan apakah yang engkau mahu perintahkan kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?”. Ali Radiallahu anhu berkata : Aku tidak pernah dengar seseorang yang bertanya tentang hal ini kecuali seorang lelaki yang aku dengar ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. pada hal aku sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : Ya Rasullulah bulan apakah yang engkau nak perintah kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan? Rasulullah s.a.w. menjawab : Jika engkau mahu berpuasa selepas bulan Ramadhan maka puasalah pada bulan Maharram kerana sesungguhnya bulan itu adalah bulan Allah.


KELEBIHAN PUASA PADA HARI ASYURA’


Daripada Ibni Abbas Radiallahu anhuma berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah berpuasa pada hari Asyura’ dan memerintahkan manusia supaya berpuasa pada hari itu. Makna hari Asyura’ ialah hari yang kesepuluh daripada Muharram dan berpuasa pada hari itu adalah sunnat yang dituntuti kerana Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa setahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muasawi. Dan berpuasa pada hari Arafah, Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa 2 tahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muhammad. Pada asal kalimat, berpuasa pada sepuluh hari bulan Muharram adalah perintah wajib. Tetapi, kerana telah di nasakhkan menjadi sunnat, maka perintah puasa pada hari Asyura’ itu amatlah besar pahalanya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ibnu Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadhilat yang tidak ada pada hari-hari yang lain selain dari hari ini.

Daripada A’isyah Radiallahu anha ia berkata : Adalah hari Asyura’ itu satu hari yang telah berpuasa oleh orang Qurais pada zaman jahiliyyah dan adalah Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah ia pun berpuasa pada hari itu dan ia memerintahkan manusia supaya berpuasa. Apabila puasa bulan Ramadhan telah di fardukan, maka puasa pada hari Asyura’ itu tidak menjadi wajib lagi dan mereka pun meninggalkan amalan berpuasa pada hari Asyura’. Maka barangsiapa menghendaki, hendaklah berpuasa dan barangsiapa tidak menghendaki bolehlah meninggalkannya.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Orang-orang jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang Islam, sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan, juga berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan berbuka.


10 MUHARRAM (HARI ASYURA’) MENINGGALKAN BANYAK PERISTIWA SEJARAH DIANTARANYA:

1 ) Arasy, kurshi dan Syurga dicipta.
2 ) Langit, matahari, bulan, bintang dan bumi dicipta.
3 ) Nabi Adam dicipta dari tanah.
4 ) Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga.
5 ) Taubat Nabi Adam diterima ALLAH.
6 ) Bahtera Nabi Nuh mendarat di bukit Judi.
7 ) Nabi Ibrahim keluar daripada api.
8 ) Penglihatan Nabi Yaakub pulih semula.
9 ) Nabi Yusuf keluar dari perigi.
10) Nabi Ayub sembuh daripada menderita penyakit kulit.
11) Nabi Musa selamat menyeberangi lautan sementara Firaun dan pengikut²nya tenggelam ke dalam lautan Merah.

12) Nabi Sulaiman dikurniakan semula kekuasaan (kerajaan).
13) Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.
14) Nabi Isa dilahirkan.
15) Nabi Isa diangkat kelangit.
16) Hujan turun buat kali pertama kalinya membasahi bumi.



.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Wednesday, February 10, 2010

Iman Kepada Allah.



Iman Kepada Allah.

Seorang muslim yang beriman kepada Allah dengan erti membenarkan adanya Tuhan Yang Maha Agung pencipta langit dan bumi, Maha Mengetahui segala yang ghaib dan nyata. Tidak ada Tuhan yang patut disembah selain Dia. Allah Maha tinggi dan Maha agung, memiliki segala sifat sempurna dan Maha suci dari segala sifat kekurang.



Dalil nakli



a. Allah sendiri mengabarkan wujud-Nya, tentang pemeliharaanNya terhadap seluruh makhluk, tentang nama-nama dan sifat-sifatNya.

“sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘Arays. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari,bulan dan bintang-bintang(masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah sendiri. Mahasuci Allah Tuhan semesta alam.”(al-A’raf[7]:54).

Allah berfirman tatkala memanggil Nabi Musa di tepi lembah sebelah kanan tempat yang diberkati dari sebatang pohon kayu:

“..ya Musa sesungguhnya Aku adalah Allah, Tuhan semesta alam.”(al-Qasas[28]:30).

Dan firman Allah ;

“sesungguhnya aku inilah Allah,tidak ada Tuhan selain Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” (TaHa [20]:14).

Dan firman Allah dalam mengagungkan diri-Nya dan menyebut nama dan sifat-sifatNya:

“Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah)selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja yang Maha suci, Yang Maha sejahtera, Yang mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, Yang Mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”(al-Hasyr[59]:)

Dan firman Allah dalam memuji diri-Nya:

“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang menguasai hari pembalasan.”(al-fatihah[1]:2-4).

Dan firman Allah yang ditujukan kepada kaum Muslimin:

“Sesungguhnya(agama tauhid)ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”(Al-Anbiya’[21]:92).

“…dan Aku adalah Tuhanmu,maka bertakwalah kepadaKu.”(al-Mukminun[23]:52)

Dan firman Allah yang membantah orang yang mendakwah adanya tuhan selain Allah atau mendakwahkan adanya tuhan yang lain di langit dan dibumi.

“Katakanlah, sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak dan binasa. Maka Mahasuci Allah yang mempunyai ‘Arays dari apa yang mereka sifatkan.”(al-Anbia’[21]:22)



b. Sekitar 124 nabi dan rasul telah memberitakan adanya Allah, yang memelihara seluruh alam semesta, dan mengurusi seluruh makhlukNya. Mereka memberitakan pula tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah kepada setiap nabi dan rasul yang diangkatNya, pasti Allah berkata kepadanya atau diutusNya seorang utusan atau dimasukkanNya wahyu itu ke dalam hatiNya, yang kemudian diyakini olehnya, bahawa apa yang ada dalam hatinya itu adalah wahyu dari Allah.

Maka wahyu yang disampaikan kepada sebahagian besar dari seluruh makhlukNya, mustahil akal manusia mendustakannya. Sebagaimana tidak mungkin pula orang yang sebanyak itu bersepakat untuk berdusta dan memberitakan sesuatu yang tidak mereka ketahui dan tidak mereka yakini akan kebenarannya, padahal mereka itu manusia pilihan yang paling suci jiwanya, serta paling cerdas otaknya dan paling benar semua perkataannya.



c. Berjuta-juta manusia yang menyakini adanya Allah dan beribadah serta taat kepadaNya. Mereka menyatakan keyakinannya itu kepada orang lain, yang disertai dengan dalil-dalil akli dan nakli. Maka orang yang mendengarkanya akan membenarkan kata-kata mereka, kerena menurut kebiasaan, orang akan mempercayai sesuatu yang disampaikan oleh seseorang atau dua orang, apatah lagi oleh banyak orang, oleh suatu umat dan oleh sejumlah orang yang tidak terhitung jumlahnya.



d. Berjuta-juta ulama mengabarkan tentang adanya Allah , tentang sifat-sifat dan asma’Nya, tentang pengurusan dan kekuasaanNya terhadap segala sesuatu. Oleh kerana itu mereka menyembah dan taat kepadaNya. Mereka mencintai dan membenci sesuatu kerana Allah.



Dalil Akli



a. Adanya alam yang beraneka ragam dan bermacam makhluk menjadi saksi keberadaan Khalik sebagai penciptanya iaitu Allah. Kerana di ala mini tiada siapa pun yang memgakui dirinya telah menciptakan dan mengadakan ala mini selain Allah. Sebagaimana akal manusia menyangkal adanya sesuatu tanpa ada yang menciptakan sekalipun sesuatu yang paling sederhana. Seperti halnya tidak akan ada makanan tanpa ada yang memasaknya. Tidak akan ada hamparan di atas bumi tanpa ada yang menghamparkannya. Kerana itu bagaimana halnya dengan adanya alam yang amat besar yang terdiri dari lagit dan apa-apa yang terkandung di dalamnya seperti ruang angkasa, matahari, bulan dan planet.

Semua itu berbeza-beza ukuran dan kadarnya, berbeza pula jarak daan perjalanannya. Kemudian bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya seperti manusia, jin dan binatang yang beraneka macam jenisnya. Berbeza dalam warna, bahasa, penginderaan dan kecerdasanya, serta sifat dan cirri-cirinya. Dan segala sesuatu yang terkandung dalam bumi seperti barang tambang yang bermacam-macam warna dan manfaatnya. Kemudian, yang mengalir di atas bumi berupa sungai-sungai, parit-parit dan selokan. Dan yang tumbuh di atas bumi berupa tumbuh-tumbuhan dan pepohonan yang beraneka ragam buah, warna, rasa dan baunya. Berbeza-beza pula sifat dan manfaatnya.



b. Adanya firman Allah yang berada ditangan kita, yang dibaca dan difikirkan serta difahami maknanya. Maka firman Allah itu merupakan bukti atas adanya Allah. Kerana mustahil ada kata-kata tanpa ada yang mengatakannya.


Maka adanya Qur’an itu menunjukkan atas adanya Allah. Kerana Qur’an itu berisi ayat-ayat syariat yag dikenal orang, berisi undang-undang yang sangat baik yang amat besar manfaatnya bagi kemanusiaan.Seperti halnya Qur’an itu mengandungi teori-teori ilmu pengetahuan yang jitu. Di samping itu Qur’an banyak mengemukan hal-hal ghaib dan peristiwa-peristiwa sejarah. Semua itu pasti kebenarannya. Tiada satu pun dari hokum-hukum syariat Qur’an yang menjadi usang sepanjang masa,meskipun dalam ruang dan waktu yang berbeza. Tidak ada satu teori ilmiah yang paling bersahaja dalam Qur’an yang tidak berlaku. Dan tidak ada soal ghaib pun yang di beritakan Qur’an menjadi usang. Demikian pula halnya tidak seorang pun ahli sejarah yang berani menolak satu kisah pun di dalam Qur’an, lalu mendustakannya. Atau mendukung orang yang mendustakan atau menafikan satu kejadian yang diisyaratkan oleh Qur’an.

Maka kata yang penuh hikmah dan benar dari Qur’an itu tidak mungkin akal manusia menganggap bahawa kata-kata Qur’an itu buatan manusia, kerana Qur’an diluar batas kemampuan manusia. Maka Qur’an itu menjadi dalil atas adanya Allah, ilmu, kekuasaan dan hikmahNya.



c. Adanya sistem yang teratur rapi di alam semesta ini dalam kejadian, pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan makhluk hidup. Kerana semuanya itu tunduk pada hokum Allah, dan terikat olehnya, tidak bisa keluar dari hukum-hukum itu dalam keadaan apapun. Misalnya manusia, mula-mula ia berbentuk nutfah di dalam rahim, kemudian melalui beberapa fasa yang mengagumkan. Tidak ada seorang pun yang ikut campur di sana selain Allah.Kemudian keluarlah seorang manusia yang sempurna. Itu dalam kejadian dan pembentukkannya. Demikian pula halnya pertumbuhan dan perkembangannya. Dari asal bayi kemudian kanak-kanak lalu menjadi pemuda dan pemudi akhirnya menjadi datuk-datuk dn nenek-nenek. Sunatullah atau hokum alam bersifat umum yang berlaku bagi manusia dan binatang, juga berlaku bagi pepohonan dan tumbuh-tumbuhan. Hukum seperti itu pun berlaku pula bagi ruang angkasa dan benda-benda langit. Semua itu tunduk pada aturan-aturan yang tidak dapat diubah dan tidak dapat keluar dari jalan yang mesti dilaluinya. Jika seandainya ada satu gugusan bintang keluar dari garis edarnya, maka ala mini pun akan hancur dan kehidupan pun akan berakhir.

Berdasarkan dalil-dalil akli yang bersifat logika dan dalil-dalil nakli dari Qur’an dan hadis, kaum muslimin beriman kepada Allah dan sunatullah yang berlaku atas segala sesuatu. Atas dasar asas keimanan dan keyakinan itulahg terbentuk watak seorang Muslim.


.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Thursday, December 3, 2009

Hayati sebuah kehidupan www.Halaqah.net

Hayati sebuah kehidupan

www.Halaqah.net
Pengirim : babulsalam
Editor : PenaHalaqah



KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid- muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid,begitulah ummat Islam dan musuh - musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang- terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan- hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan- lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...



.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.