Wednesday, October 15, 2008

Rintihan pesalah


Biarkan begitu...

aku tidak ingin berselindung lagi...
aku tidak mahu udang berselindung disebalik batu..
Segalanya pasti ada batasannya..begitu juga tahap kesabaranku.
Jangan dicabar bara api dengan angin.
Kerana semakin menderu angin, semakin api memarak ..
lantas ,dari bara menjadi debu..dek api yang kelaparan...
itulah upmpama amarah memakan diri..
yang tinggal hanyalah debu-debu
yang persisnya ringan bertebangan bak diri yang tidak keruan,
yang usahanya sia-sia..
apakah bisa diri ini menghadapi,
mahukan segalanya yang dapat dibaiki,
moga gah di akhirnya...

Jangan dihias diri dengan kepura-puraan, itu akhirnya membinasakan diri...
Jangan di bungkus diri dengan kedegilan dan keegoan, kerana akhirnya membeku hati...
Jangan dicuba maksiat walau seinci, kelak akan membelengu diri...

jadi,
biarkan begitu, biarkan fitrah nan suci dilindungi fikrah Islami..