Sunday, January 31, 2010

Aku ingin kembali hidup secerah mentari..biarkan awan mendung berlalu pergi...



Aku ingin kembali hidup secerah mentari..
biarkan awan mendung berlalu pergi,
hilanglah bayang-bayang kegelapan,
cahaya-cahaya mula ke hadapan,
biasnya cahaya membawa pelangi,
cerianya bak kembang seri pagi...

(~idea tiba2 yg klakar...)



.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Saturday, January 30, 2010

Ambik masa menyepi jap...



.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Saturday, January 16, 2010

sedang tingkatkan kemahiran diri...masak lagi..


Kali ni beralih dari pizza ke roti goreng...

this is my first time for roti goreng..
http://www.emocutez.com

Kebiasaannye makanan ni senang di dapati di kedai-kedai kopi pada waktu pagi dengan harga yang berpatutan...

Walaupun begitu, tak salah kan, kalau cuba buat sendiri di rumah.. tak sangka mudah je buat roti goreng nie... rasa dia pun boleh tahan... lagi lembut dari yang biasa beli...(maybe sebab lebih yis..) Bahan-bahan utama pun senang je :

1. tepung gandum
2.yis
3.kacang hijau
4.minyak masak

p/s : boleh buat sambil-sambil mengemas dapur. Sebab nak tunggu doh dia naik ,ambik masa dalam 45 minit..
http://www.emocutez.com

Boleh lah dihidang buat insang yang tersayang....(asal terasa geli je ayat nie....).. Ermm..tapi hari tu..elok-elok je time mama balik keje...seronok jugak cam tu..(boleh mengurangkan tahap 'keGARANGan' ibu-ibu kita..hehe)...



ini roti goreng mini... sesuai untuk minum petang.. comel tak ??
http://www.emocutez.com

Actually, sedikit tips yang ingin dikongsi ialah... MEMASAK SUNGGUH MENYERONOKKAN!!...
jadi, lets enjoy with cooking!!
http://www.emocutez.com


.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Tuesday, January 12, 2010

andai diri rebah kaku menyembah tanah....

.:: Tanganku terasa terkaku, tak tahu apakah yang harus ku coretkan kali ini.. sekadar melakar kenangan ::.
with ayu

"Ayu...! mama call tadi, mama suruh balik hari ni jugak. " kataku separa jerit. "Hah? hari ni? cepatnya.." ayu sedikit terkejut. Aku menoleh mukaku ke arah lain. risau air muka sayu terselah di hadapan ayu.

'Syukran jazilan ayu.. Kerana telah banyak membantuku dalam usahaku menjejaki ilmu agama.. Syukran juga kerana sentiasa bersamaku disaat suka duka ku.'

"Akak, baru je kita bermesra semalam kan?...akak dah nak balik hari ni...." keluh zu memujuk. Matanya merenungku. "zu..! jangan tengok akak cam tu ..malulah akak.."balasku cuba bergurau. Retak hati ini mendengar kata-kata adik seperjalanan ini. Pertemuan kami hanyalah di persinggahan demi mengutip ilmu. Sayunya hati ini mengenangkan memori semalam. Kata-katanya walaupun tampak sekadar gurauan, namun aku pasti penuh makna yang mendalam. Benar, hati ini penuh rasa terkilan . Masakan tidak, rasanya ini kali pertama aku mengenali seorang pelajar tahfiz. Dia banyak berkongsi cerita, setiap kisahnya menarik perhatianku. Berjaya menyentuh perasaanku. Hampir berguguran mutiara kaca dari mataku,namun masih tertahan dek ego. Selalunya zu berkongsi tentang pengalaman hidupnya, namun setiap kisahnya pasti disusuli hikmahnya. Pertama kali berborak dengannya, berjaya menarik minatku untuk lebih rapat dengannya. Senang sekali hati ku menyayanginya, kurasakan seperti adikku sendiri. Sungguh.....aku terkilan terpaksa berpisah... semoga Allah, temukanlah kami kembali..

"akak....takyah lah balik..." pujuk tehah.. tanganku yang sibuk menekan butang-butang handphone , tiba-tiba terhenti. Terasa sedikit longlai.."duhai adikku, sabarlah..semoga kita bertemu lagi.".Aku mengalih pandangan, menukar posisi badan dan membelakangi tehah. Terasa ada cecair hangat mengalir di tepian mata... "Alah..tehah ni cam budak-budak.. insyaAllah nanti kita jumpa lagi.." aku cuba ceriakan keadaan.

"akak..betul ke nak balik nie...cepatnya..." renggek zati manja sambil memandangku. Aku mengalihkan mataku, sengaja menyibukkan dengan pakaian. Tidak sanggup aku menatap wajah adik-adik ini. Sungguh aku tak sangka pertemuan kami dalam masa yang sangat singkat ini, penuh sulaman kasih sayang. Siapa sangka, siapa yang dapat menduga suratan Ilahi. Pertemuan dan perpisahan telah pun ditetapkan. Mahu atau tidak, kita mesti menghadapinya.

Aku balik dengan penuh rasa kaku.. rasa janggal ..terkilan...dan sayu..

bilakah akan bertemu lagi..?...bilakah dapat merasai kemesraan ini lagi..?

~Buat adik-adikku...semoga sentiasa bersabar dan betahan dalam perjuangan di sana... . . .

.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.