Sunday, November 15, 2009

Istifar

.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Munajat ku dalam syahdu.....


Munajat

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui Maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada Qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Thursday, November 12, 2009

Keadilan Umar


Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa' fi sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
"Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach: "Solat sahajalah di sini".

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya".

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.
Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.
Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran 'Umar Gereja' di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini.
Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.

.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Tuesday, November 10, 2009

Rahsia penulisan


Assalamualaikum.w.b.t.

Anda minat menulis...??

Di sini ade sedikit perkongsian kepada sesiapa saja yang minat menulis, tetapi sering kurang keyakinan untuk menulis. Begitu juga dengan sang Wasilah Kalbu ni ....
minat tp kurang berbakat...... http://www.emocutez.com oppss.... sebenarnya belum berbakat http://www.emocutez.com
jadi di sini disediakan sedikit santapan minda, rahsia penulisan dari Hilal Asyraf, semoga bermanfaat kepada semua..





*menarik kan..?http://www.emocutez.com



.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Antara Bidadari dan Penghuni Syurga

Assalamualaikum w.b.t ..

jom saksikan video menarik ni..




http://www.emocutez.com


.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Realiti di mana kita..

Nik Aziz minta Asri bersabar, tulis buku


MOHD. ASRI bertemu Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.

Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.

"Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema 'Di sini Saya Bermula'.

"Beliau berkongsi dengan saya pengalamannya. Zaman menuduh kaum muda atau Wahabi telah dilalui oleh beliau sendiri pada satu ketika dulu, sekarang ia berulang terhadap saya,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabatnya di sini semalam.

Ditanya mengenai lawatannya itu, menurutnya, ia tanda terima kasihnya kepada Nik Aziz yang memberi sokongan kepadanya selepas isu penangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang berlaku terhadapnya baru-baru ini.

Mohd. Asri tidak menolak kemungkinan menyertai parti politik sekiranya kebebasannya dalam bersuara menyampaikan ajaran agama Islam terus disekat.


Tengok, SATU MALAYSIA le katakan...sampai dh tak boleh bagi ceramah agama tanpa keizinan satu malaya.


.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Monday, November 9, 2009

Wallpaper 1



~jom share wallpaper....http://www.emocutez.com








.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Jom Buat Sendiri...

Assalamualaikum....

jom makan pencuci mulut...http://www.emocutez.com


~Sediakan bahan-bahan, agar-agar,nata de coco, buah pic, ais krim.
~ini kuah kastard
~masukkan nata de coco ke dalam gelas puding
~masukkan agar-agar
~masukkan kuah kastard


~masukkan ais krim


~masukkan buah pic



~dah siap!..http://www.emocutez.com





.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Empat hilang kerana empat



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirahmanirahim..

Empat hilang kerana empat:

1. hilang nikmat kerana tidak bersyukur,
2. hilang kekuatan kerana mencari musuh,
3. hilang kekuasaan kerana kelalaian dan
4. hilang kesempatan kerana memandang enteng.

- HAMKA

"Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebahagiannya. Allahualam.."


*syukran buat sahabatku yang sentiasa memberi peringatan


.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.


Saturday, November 7, 2009

Hari ini hari memasak...yea!!

Alhamdulillah...

hari ni aku meraikan tamatnya gelaran 'student'...
~seronoknyer......

so, hari ini pagi-pagi lagi dah masuk dapur....(~luar dari kebiasaan skit...)

~herm...lets do anything u like!!...

Jom masak pizza...

1. uli adunan roti .(~lupe nk ambik gambar)
2. biarkan adunan sampai kembang dulu..(~Sambil breakfirst)
3. bentukkan didalam acuan...
4. sapu sos and masukkan bahan2 lain (~part yang paling disgemari)


~ini pizza yang belum dimasukkan dalam oven....ini yg first



~ini pizza tadi yang hampir masak....



~ini pizza yg kedua....

~masukkan sosej + bawang..

~masukkan lada banggala..


Jeng......!!!


~baru je masak dah kene curi satu....

setelah beberapa minit.....


~ni je tinggal....???!