Thursday, December 3, 2009

Hayati sebuah kehidupan www.Halaqah.net

Hayati sebuah kehidupan

www.Halaqah.net
Pengirim : babulsalam
Editor : PenaHalaqah



KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid- muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid,begitulah ummat Islam dan musuh - musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang- terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan- hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan- lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...



.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Sunday, November 15, 2009

Istifar

.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Munajat ku dalam syahdu.....


Munajat

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui Maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada Qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Thursday, November 12, 2009

Keadilan Umar


Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa' fi sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
"Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach: "Solat sahajalah di sini".

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya".

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.
Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.
Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran 'Umar Gereja' di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini.
Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.

.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Tuesday, November 10, 2009

Rahsia penulisan


Assalamualaikum.w.b.t.

Anda minat menulis...??

Di sini ade sedikit perkongsian kepada sesiapa saja yang minat menulis, tetapi sering kurang keyakinan untuk menulis. Begitu juga dengan sang Wasilah Kalbu ni ....
minat tp kurang berbakat...... http://www.emocutez.com oppss.... sebenarnya belum berbakat http://www.emocutez.com
jadi di sini disediakan sedikit santapan minda, rahsia penulisan dari Hilal Asyraf, semoga bermanfaat kepada semua..





*menarik kan..?http://www.emocutez.com



.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Antara Bidadari dan Penghuni Syurga

Assalamualaikum w.b.t ..

jom saksikan video menarik ni..




http://www.emocutez.com


.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Realiti di mana kita..

Nik Aziz minta Asri bersabar, tulis buku


MOHD. ASRI bertemu Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.

Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.

"Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema 'Di sini Saya Bermula'.

"Beliau berkongsi dengan saya pengalamannya. Zaman menuduh kaum muda atau Wahabi telah dilalui oleh beliau sendiri pada satu ketika dulu, sekarang ia berulang terhadap saya,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabatnya di sini semalam.

Ditanya mengenai lawatannya itu, menurutnya, ia tanda terima kasihnya kepada Nik Aziz yang memberi sokongan kepadanya selepas isu penangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang berlaku terhadapnya baru-baru ini.

Mohd. Asri tidak menolak kemungkinan menyertai parti politik sekiranya kebebasannya dalam bersuara menyampaikan ajaran agama Islam terus disekat.


Tengok, SATU MALAYSIA le katakan...sampai dh tak boleh bagi ceramah agama tanpa keizinan satu malaya.


.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Monday, November 9, 2009

Wallpaper 1



~jom share wallpaper....http://www.emocutez.com








.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Jom Buat Sendiri...

Assalamualaikum....

jom makan pencuci mulut...http://www.emocutez.com


~Sediakan bahan-bahan, agar-agar,nata de coco, buah pic, ais krim.
~ini kuah kastard
~masukkan nata de coco ke dalam gelas puding
~masukkan agar-agar
~masukkan kuah kastard


~masukkan ais krim


~masukkan buah pic



~dah siap!..http://www.emocutez.com





.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.

Empat hilang kerana empat



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirahmanirahim..

Empat hilang kerana empat:

1. hilang nikmat kerana tidak bersyukur,
2. hilang kekuatan kerana mencari musuh,
3. hilang kekuasaan kerana kelalaian dan
4. hilang kesempatan kerana memandang enteng.

- HAMKA

"Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebahagiannya. Allahualam.."


*syukran buat sahabatku yang sentiasa memberi peringatan


.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.


Saturday, November 7, 2009

Hari ini hari memasak...yea!!

Alhamdulillah...

hari ni aku meraikan tamatnya gelaran 'student'...
~seronoknyer......

so, hari ini pagi-pagi lagi dah masuk dapur....(~luar dari kebiasaan skit...)

~herm...lets do anything u like!!...

Jom masak pizza...

1. uli adunan roti .(~lupe nk ambik gambar)
2. biarkan adunan sampai kembang dulu..(~Sambil breakfirst)
3. bentukkan didalam acuan...
4. sapu sos and masukkan bahan2 lain (~part yang paling disgemari)


~ini pizza yang belum dimasukkan dalam oven....ini yg first



~ini pizza tadi yang hampir masak....



~ini pizza yg kedua....

~masukkan sosej + bawang..

~masukkan lada banggala..


Jeng......!!!


~baru je masak dah kene curi satu....

setelah beberapa minit.....


~ni je tinggal....???!

Wednesday, September 30, 2009

kerisauan 1 bulan lagi


errp?? i bulan lagi...



tolak semalam + hari nie =??



~gambar hiasen je ni~
subhanallah...

aduih.......
projek asyik ter'stuck'2 lagi.... Ya Allah... risau pula..
dah berapa bulan praktikal..baru sedar rupa-rupanya banyak masa berlalu dengan sia-sia..

disebabkan terleka, tanggungjawab terbelakang, lagha terkedepan, kewarasan terapit di tengah-tengah dan tidak berganjak...maka, itu sudah cukup ciri manusia mundur(~tak ade bezenya dengan orang jahil)...

takkan aku nak 'mudur'....?
jika semua umat Islam macam ni....?
maka, Islamlah yang akan terfitnah..
aduih...salah ummat, Agama jadi mangsa.

bermula dari pekara kecil....
pengakhiran tidak semestinya pekara besar..
namun, pekara besar itu memang
semestinya bermula dari pekara kecil..


bersyukurlah pada 'kerisauan' yg dihadirkan dalam hati..
yang akhirnya mencetuskan kesedaran diri...

Alhamdulillah...

moga hikmah di sebaliknya...

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan 1430h




Salam Ramadhan Al-Mubarak...




Ramadhan yang dinanti sudah kujung tiba... semoga nikmat iman yang diimpi dapat diperolehi..

bulan ramadhan , bulan penuh rahmah...bulan penuh berkat..

Ya Allah, lebarkanlah rahmatMu buat diriku, keluargaku dan seluruh muslimin dan muslimat di alam ini...

Ya Ilahi , Ya Rabbi..
lindungilah ramadhanku kali ini..
supaya ramadhanku kali ini benar-benar sempurna..
bukan seperti yang sebelumnya, yang sering tercalar dengan kelekaan dan kealpaan diri..

~~gurindam hati~~

Sinar mentari di pagi hari,
hembusan angin membelai diri,
kicauan burung penyeri pagi,
alangkah tenangnya ramadhan ini,
jika ibadat menyeri malam hari..


cahayanya hati kerana ikhlas,
berserinya insan kerana iman,
tatkala ibadah mengatasi malas,
akhirnya takwa datang berteman...


hijau merimbun si pohon rendang,
bayangnya lebar meneduhhkan laman,
jika kebenaran yang diundang,
jihad jualah menjadi jalan...

Monday, August 3, 2009

cari lagi..






suatu perjalanan fikiran..

Hari ini baru aku tersedar sudah hampir sebulan rutin harianku di alam praktikal sebagai seorang pelajar...dan sebelas hari lagi genaplah pula usiaku sebagai insan yang berusia 22 tahun..

namun, masih ditahap manakah pecapaianku....
pecapaianku sebagai manusia yang berjaya umumnya..
dan sebagai muslim yang berjaya khususnya..

hari demi hari..
lantas fikiranku sentiasa mencari
jalan terbaik hidupku, hasil yang terbaik buat matiku..

pencarianku masih belum terhenti...
meskipun kerap kali aku terasa pedih dan putus asa atas hidupku..
namun, tiada dapat ku bohongi diriku sendiri...
aku masih mencari....tanpa ku henti..
sama ada lautan dosa,onak penyesalan,benih keinsafan sering ku redah sendirian..

adakah perhentian buat pencarianku ini???

Saturday, June 13, 2009

lonteng rumah nenek...


suatu ketika dulu, di saat usia kanak-kanakku, mungkin lingkungan umur 8-10 tahun...
aku masih ingt,tiap kali aku terluka dan aku tidak tahu arah tuju...lantas kakiku belari memanjat dinding kayu yang mungkin usianya lebih tua dariku, kerana ia dinding rumah usang nenekku yang sentiasa dijaga dan diubahsuai.. ketinggiannya mungkin melebihi 20 kaki..walaupun tubuh kecilku masih mentah genggamannya untuk mencengkam kayu-kayu yg berpalang di dinding..namun, pantas saja panjatanku....mungkin kepantasanku ini beraruskan kesedihan dan luka yg tidak tahu diluahkan.....bila panjatanku sudah sampai ke puncaknya..aku menyorokkan diri di atas palang-palang kayu di bawah atap rumah..kaki munggilku tekun meniti palang-palang kayu itu...hinggalah suatu bahagian yg aku rasakan cukup untuk tenangkan aku...biasanya ia adalah bahagian yang gelap dan terselindung dari pandangan...akhirnya aku menumpahkan air mataku di sana sendirian......

semalam, aku bermalam dirumah nenekku setelah sekian lama aku menuntut di sebuah universiti di johor, aku sangat jarang ke sana apatah lagi bermalam,aku kira dalam lewat tiga tahun ni tiada langsung bermalam di sana... semalam, aku saat aku melelapkan mataku..aku terpandang dinding dan atap rumah usang itu...aku teringat saat-saat dulu....penuh memori.......sangat penuh memori....

hari ini, aku terluka..merasakan tiada tempat untukku luahkan berantakan perasaan ini, rasa tersisih bak kertas-kertas buangan yang tiba saatnya akan diterbangkan angin begitu saja dan ada kalanya dipijak-pijak...lantas fikiranku tertangkap tentang dinding dan atap yang memori itu.....ingin sekali aku berlari ke sana dan memanjat dinding itu dan terus saja menangis puas-puas di sana....aku memang lebih suka berdiam di tempat yang gelap dan tiada orang peduli....aku terfikir "agak-agak gila tak, kalau anak dara panjat dinding rumah , pastu duk diam-diam dalam gelap.??"...jawabku sendirian"memang keje gila pun..anak dara mana boleh buat perangai budak-budak lagi..."........

sekarang......apakah kiranya tiap-tiap masalah itu hanya punya satu resolusi saja??
tentu tidak, sabarlah...cari jalan yang benar-benar sesuai....pastinya ada, cuma perlu tingkatkan kesabaran....InsyaAllah pasti akan menemui jalannya...

ya Allah....hampir saja aku berputus asa daripada rahmatMu....
ampunkanlah hambaMu yang hina ini, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang..........

Thursday, January 22, 2009

salam bicara

salam meruntun kata hati..
tiada keruan bicara di kala hati dilanda ribut perasaan..
sepoi-sepoi angin keresahan menyejukkan lagi perasaan nan menggigil..
rimbunan daun selera keguguran dan berterbangan ke udara.......
air mata berkocak di pinggiran mata nan sayu...
cukup sudah fenomena ini yang menggambarkan warna-warna perasaan
yang terlukis di hati..

wasilah kalbu...

bicaranya tersulam seni jalur-jalur corak perasaan...
sebagai wasilah penyelesaian simpulan-simpulan masaalah yang terkusut
di hamparan hati...

ayuh atur kembali barang sepahan dek berkalutan ribut tadi...
susun satu persatu...leraikan satu persatu..
yang hitam letakkan pada hitam, yang putih pada putih, yang biru pada biru,
yang merah pada merah...
jangan berkelam dikala cuaca sudah kelam...nanti tiada jalan langsung kelihatan..
terangkan jalan-jalan yang kelam dengan cahaya yang terang...
biar biasnya menampakkan lekok liku, bengkang bengkok jalan-jalan penyelesaian...
moga sang kalbu semakin aman....

Sunday, January 18, 2009

Lamanya menyepi..

Assalamualaikum...

lamanya diri ini menyepi dari menulis...

namun,kali ini juga tangan masih kelesuan untuk melontarkan
pandangan,mahupun berkongsi pengalaman....
hanya sekadar langkah pertama untuk memulakan kembali..

sebenarnya diri ini sedang dalam proses 'rawatan rapi'...
mencari jalan keluar dari belengu dosa...

sukar rupanya...

tiada terjangkau akalku..tiada upayaku..segalanya hanya daripadaNya..
Subhanallah... Aku berserah padaMu...

Antara designku..