Monday, October 20, 2008

Surat Buat Diriku


Salam sejahtera....
semoga engkau sentiasa sihat selalu...
aku tahu badanmu selalu lemah kesan dari peristiwa dulu....
Namun aku harap engkau selalu sabar...
kerana itulah tanda kasih sayangNya padamu...
aku tahu engkau sering merasakan dirimu berbeza dengan yang lain....
Namun, sebenarnya itulah anugerah ilahi yang membuatkan dirimu istimewa....
Kerana masakan Dia menciaptakan sesuatu dengan sia-sia....

Wahai diri aku tahu....
engka banyak memendam rasa sendirian,
engkau sukar menemui teman yang benar-benar memahami mu..
namun, Allah itu Maha mendengar,
dan kamu tidak sendirian dikala kamu merasa sendirian.....

Dia selalu ada......
Diriku.......dengarlah pujuk ini,
aku tahu engkau selalu ingin dipujuk,
malangnya tiada siapa yang memujukmu.....
sabarlah wahai diriku, barangkali ini lebih baik dari pujuk itu....
kerana kadang-kadang pujuk-memujuk akan memanja dirimu,
macam anak-anak kecil,sedang engkau sudah dewasa....
kedewasaanmu itu pastinya banyak macam terkandung di dalamnya...
kerana itulah persediaan menjadi hamba Allah yang sebanar-benarnya.....
kerana dirimu adalah seorang daei....

wahai diriku sayang,
apakah engkau lupa......
nanti...engkau akan mati dan dibangkitkan kembali....
menemui yang Haq...dihisab segala amalan....
jika engkau tandus amalan, apakah nanti jawabmu padaNya....
sedang engkau seorang daei....
engkau dipilh Allah untuk menbawa syiar ini......

kerana itu wahai diriku....
kau mesti tabah,
jangan kau banyak mengharap pada manusia dan dunia,
tapi, berharaplah pada Dia!!
aku bertegas, berharaplah pada Dia!..
Dia ada segala-galanya...Dia berkuasa atas segala-galanya....
Dia maha Pengasih dan Penyayang...

Hampirlah dirimu dengan makrifatNya...
Nanti pasti engkau tidak sabar untuk menunggu mati,
kerana mati itu membawamu mengadapNya.....

Jadi.....diriku....
jangan engkau marah lagi...
jangan engkau menagis lagi....
lantaran pekara yang bersandar keduniaan ini....
engkau bertuah sebenarnya...
kerana engkau dipilih Allah...
itulah tanda Kasih sayangNya......
tidak terperi nilainya......
ingatlah diriku...
Hidup matimu adalah kerana Allah...
itulah ertinya,kita seorang hamba..


salam sayang dariku....wahai dirku



Wednesday, October 15, 2008

Rintihan pesalah


Biarkan begitu...

aku tidak ingin berselindung lagi...
aku tidak mahu udang berselindung disebalik batu..
Segalanya pasti ada batasannya..begitu juga tahap kesabaranku.
Jangan dicabar bara api dengan angin.
Kerana semakin menderu angin, semakin api memarak ..
lantas ,dari bara menjadi debu..dek api yang kelaparan...
itulah upmpama amarah memakan diri..
yang tinggal hanyalah debu-debu
yang persisnya ringan bertebangan bak diri yang tidak keruan,
yang usahanya sia-sia..
apakah bisa diri ini menghadapi,
mahukan segalanya yang dapat dibaiki,
moga gah di akhirnya...

Jangan dihias diri dengan kepura-puraan, itu akhirnya membinasakan diri...
Jangan di bungkus diri dengan kedegilan dan keegoan, kerana akhirnya membeku hati...
Jangan dicuba maksiat walau seinci, kelak akan membelengu diri...

jadi,
biarkan begitu, biarkan fitrah nan suci dilindungi fikrah Islami..