Monday, December 22, 2008
Sunday, December 21, 2008
~tatkala jiwa merintih ~
tatkala jiwa merintih...hati yang tiada kesudahan memikirkan..impian apa yang mahu dicapai,usaha apa yang mahu didaki,untaian kasih siapa yang dicita dan cinta siapa yang diidam...
tatkala jiwa merintih...hati mengeluh lagi..mencari-cari jalan resolusi..niat dihati mencapai kebenaran hakiki..namun, apakah bisa diri ini menemui..jika yang disisi tidak disyukuri..yang masih jauh diimpi-impi..ah..masakan sama dengan pepatah.."yang dikejar tidak dapat,yang dikendung berciciran".

Tuesday, December 2, 2008
Masalah hati
Hati memang sukar untuk diramal.. bila hati sakit, anggota lain turut tergugat melainkan ada iman yang mampu mengawal fikiran. . Aku berbicara atas pengalaman,perhatian dan sedikit kajian.. Oleh kerana aku pernah mengalaminya, maka ingin sekali dikongsi bersama sekadar yang ku mampu ini.
Saudaraku, permasalahan hati ini sebenarnya suatu wasilah secara tidak langsung untuk menuju keredhaanNya... kenapa? kerana punca masalah hati adalah bersangkut paut dengan nafsu .. dan sesiapa yang dapat memeranginya(mengatasinya), maka beruntunglah dia. Jihad yang terbesar, adalah memerangi hawa nafsu.
firman Allah :
"..Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran TuhanNya, dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah yang akan menjadi tempat tinggalnya."
(An-Nazi'at:40-41)
diriwayatkan bahawa Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Daud a.s :
"Wahai Daud,ingatlah dan pertakutilah para pengikutmu dari mengikuti hawa nafsu. Sebab,
mereka yang hatinya terkait pada syahwat-syahwat dunia, akal mereka pasti terhijab dari-Ku."
dan firman-Nya :
"...mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa.."
(An-Hujurat:3)
Wednesday, November 19, 2008
Muhasabah kembali...
Mengenangkan pemergian 3 mujahid sejati....
membuatkan diriku rasa terhitung amalan vs dosa-dosa lalu... hati ni kerinduan teramat... rindukan mengadap Ilahi...namun, hinanya rasa diri dari Ilahi.... Melihat pemergian mujahid pergi mengadapmu... tercabutnya roh mereka dari jasad kerana membela agama... Sedang aku, asyik kalah dek nafsu amarah... apakah layak aku bergelar mujahidah...
sering bermain dibenakku... "apakah benar aku seorang mujahidah...??"
Ya Allah... aku masih belajar....
Tuesday, November 18, 2008
Akhirnya
Ku biar kalam berbicara Menghurai maksudnya di jiwa Agar mudah ku mengerti Segala yang terjadi Sudah suratan Ilahi Ku biarkan pena menulis Meluahkan hasrat di hati Moga terubat segala Keresahan di jiwa Tak pernah ku ingini Aku telah pun sedaya Tak melukai hatimu Mungkin sudah suratan hidupku Kasih yang lama terjalin Berderai bagaikan kaca Oh teman, maafkanlah diriku Oh Tuhan Tunjukkan ku jalan Untuk menempuhi dugaan ini Teman, maafkan jika ku melukaimu Moga ikatan ukhwah yang dibina Ke akhirnya Aku tidak kan berdaya Menahan hibanya rasa Kau pergi meninggalkan diriku Redhalah apa terjadi Usahlah kau kesali Mungkin ada rahmat yang tersembunyi ..
aku ingin sekali berbicara tentang ini...serperti rangkap2 di atas... pastinya anda tahu kan?? itu adalah lirik nasyid sahabat sejati-unic(kalau x silap la).. lagu ni adalah lagu tema antara aku dan seorang temanku...
sebenarnya, aku dah dia menghadapi sesuatu 'kesulitan' sehingga aku dan dia tidak bertegur buat satu tempoh yang agak lama....
dalam tempoh itu....tiap2 kali aku pasang lagu ini, aku pasti menitiskan air mata...kerana.....aku terlalu sayangkan dia..aku sedar..walaupun aku sangat terguris, hatiku terluka pedih, sebenarnya...aku sedang merinduinya.....
sebenarnya dia sekelas denganku...namun, aku tidak mampu unuk memandangnya, kerana jika sekali aku terpandang wajahnya..aku rasa bagai ditimpa batu...kalu tengah makan, terus tiada selera...
sebenarnya, aku tidak suka begini..aku sentiasa mencari jalan dan berdoa kepadaNya...supaya aku tidak terlajuran kearah sesuatu yang dibenci Ilahi...
lama-kelamaan...satu persatu jalan aku temui.....
aku mula menyedari....kita hanya hamba ..apakah layak untuk membenci sebegitu?? sedang diri sendiri sering melakukan kesalahan.... memang ....kekadang kita akan merasakan 'sakit' yang teramat akibat orang lain...
namun, apakah kita sedar..kekadang kita juga melakukan pekara yang sama pada orang lain...
Akhirnya....hati aku mula pulih......BAGAIMANA?? ikhlaskan hati dan berikan kasih sayang.....kerana dia saudara kita...kerana dia umat Islam.... kerana kita hamba ALLAH.... akhirnya kemanisan terbit dari hati.....dan....aku dan dia kembali bersahabat....
dan....aku mula mempelajari erti sahabat dalam erti kata sebenar....
Alhamdulillah.....aku bersyukur padaNya....sungguh HEBAT kejadianNya..sebenarnya, aku dah dia menghadapi sesuatu 'kesulitan' sehingga aku dan dia tidak bertegur buat satu tempoh yang agak lama....
dalam tempoh itu....tiap2 kali aku pasang lagu ini, aku pasti menitiskan air mata...kerana.....aku terlalu sayangkan dia..aku sedar..walaupun aku sangat terguris, hatiku terluka pedih, sebenarnya...aku sedang merinduinya.....
sebenarnya dia sekelas denganku...namun, aku tidak mampu unuk memandangnya, kerana jika sekali aku terpandang wajahnya..aku rasa bagai ditimpa batu...kalu tengah makan, terus tiada selera...
sebenarnya, aku tidak suka begini..aku sentiasa mencari jalan dan berdoa kepadaNya...supaya aku tidak terlajuran kearah sesuatu yang dibenci Ilahi...
lama-kelamaan...satu persatu jalan aku temui.....
aku mula menyedari....kita hanya hamba ..apakah layak untuk membenci sebegitu?? sedang diri sendiri sering melakukan kesalahan.... memang ....kekadang kita akan merasakan 'sakit' yang teramat akibat orang lain...
namun, apakah kita sedar..kekadang kita juga melakukan pekara yang sama pada orang lain...
Akhirnya....hati aku mula pulih......BAGAIMANA?? ikhlaskan hati dan berikan kasih sayang.....kerana dia saudara kita...kerana dia umat Islam.... kerana kita hamba ALLAH.... akhirnya kemanisan terbit dari hati.....dan....aku dan dia kembali bersahabat....
dan....aku mula mempelajari erti sahabat dalam erti kata sebenar....
Monday, October 20, 2008
Surat Buat Diriku
Salam sejahtera....
semoga engkau sentiasa sihat selalu...
aku tahu badanmu selalu lemah kesan dari peristiwa dulu....
Namun aku harap engkau selalu sabar...
kerana itulah tanda kasih sayangNya padamu...
aku tahu engkau sering merasakan dirimu berbeza dengan yang lain....
Namun, sebenarnya itulah anugerah ilahi yang membuatkan dirimu istimewa....
Kerana masakan Dia menciaptakan sesuatu dengan sia-sia....
Wahai diri aku tahu....
engka banyak memendam rasa sendirian,
engkau sukar menemui teman yang benar-benar memahami mu..
namun, Allah itu Maha mendengar,
dan kamu tidak sendirian dikala kamu merasa sendirian.....
Dia selalu ada......

Diriku.......dengarlah pujuk ini,
aku tahu engkau selalu ingin dipujuk,
malangnya tiada siapa yang memujukmu.....
sabarlah wahai diriku, barangkali ini lebih baik dari pujuk itu....
kerana kadang-kadang pujuk-memujuk akan memanja dirimu,
macam anak-anak kecil,sedang engkau sudah dewasa....
kedewasaanmu itu pastinya banyak macam terkandung di dalamnya...
kerana itulah persediaan menjadi hamba Allah yang sebanar-benarnya.....
kerana dirimu adalah seorang daei....
wahai diriku sayang,
apakah engkau lupa......
nanti...engkau akan mati dan dibangkitkan kembali....
menemui yang Haq...dihisab segala amalan....
jika engkau tandus amalan, apakah nanti jawabmu padaNya....
sedang engkau seorang daei....
engkau dipilh Allah untuk menbawa syiar ini......
kerana itu wahai diriku....
kau mesti tabah,
jangan kau banyak mengharap pada manusia dan dunia,
tapi, berharaplah pada Dia!!
aku bertegas, berharaplah pada Dia!..
Dia ada segala-galanya...Dia berkuasa atas segala-galanya....
Dia maha Pengasih dan Penyayang...
Hampirlah dirimu dengan makrifatNya...
Nanti pasti engkau tidak sabar untuk menunggu mati,
kerana mati itu membawamu mengadapNya.....
Jadi.....diriku....
jangan engkau marah lagi...
jangan engkau menagis lagi....
lantaran pekara yang bersandar keduniaan ini....
engkau bertuah sebenarnya...
kerana engkau dipilih Allah...
itulah tanda Kasih sayangNya......
tidak terperi nilainya......
ingatlah diriku...
Hidup matimu adalah kerana Allah...
itulah ertinya,kita seorang hamba..
salam sayang dariku....wahai dirku

Wednesday, October 15, 2008
Rintihan pesalah
Biarkan begitu...
aku tidak ingin berselindung lagi...
aku tidak mahu udang berselindung disebalik batu..
Segalanya pasti ada batasannya..begitu juga tahap kesabaranku.
Jangan dicabar bara api dengan angin.
Kerana semakin menderu angin, semakin api memarak ..
lantas ,dari bara menjadi debu..dek api yang kelaparan...
itulah upmpama amarah memakan diri..
yang tinggal hanyalah debu-debu
yang persisnya ringan bertebangan bak diri yang tidak keruan,
yang usahanya sia-sia..
apakah bisa diri ini menghadapi,
mahukan segalanya yang dapat dibaiki,
moga gah di akhirnya...
Jangan dihias diri dengan kepura-puraan, itu akhirnya membinasakan diri...
Jangan di bungkus diri dengan kedegilan dan keegoan, kerana akhirnya membeku hati...
Jangan dicuba maksiat walau seinci, kelak akan membelengu diri...
jadi,
biarkan begitu, biarkan fitrah nan suci dilindungi fikrah Islami..
Subscribe to:
Posts (Atom)