Saturday, February 13, 2010

Sang Pungguk yang dungu...




kerana gelapnya malam,
cahaya bulan memancar seri,
kerana malapnya malam,
cantinya bintang tiada terperi...

inilah kisah dungu sang pungguk,
saban malam tertunggu-tunggu,
tetap di dahan tinggi nan ceruk,
itulah bahana panahan rindu,

bila bulan terang mengambang,
dalam kesepian sayup malam,
alanun rindu bertalu-talang,
liburan hati sang pungguk tenggelam...

Namun, saban waktu berlalu,
sang pungguk tidak jua berpaling,
biarpun bulan belum bertamu,
rindunya masih tiada tertanding...

itulah bak kata pepatah,
bagaikan pungguk rindukan bulan,
kesetiaan rindunya tiada tertegah,
segala perit sanggup ditelan..

namun akhirnya jua tiada terpadan,
sang bulan terang tiada juga bertandang,
puas dicari tiada sempadan..
dari jauh hanya dapat dipandang..

buat insan yang punya akal,
kisah pungguk jadi peringatan,
usah dirindu barang yang jangkal,
takdir hidup bukan mainan.

jika dirimu tidak sepadan,
usah diharap berbalas kasihnya ,
ingat-ingatlah kepada Tuhan,
hanya Dia menetapkan segalanya.

duhai insan sang hamba,
kembalikan hatimu pada yang Esa,
jangan dihirau perasaan nan hampa,
kerana dirimu hanyalah insan biasa.



~syafila~




.::Semoga Hikmah Disebaliknya::.